Siapa kami?
ELANTAS Malaysia Sdn Bhd ialah pengeluar utama bahan penebat elektrik berprestasi tinggi yang menyokong keperluan industri elektrik dan elektronik yang sentiasa berkembang. Sebagai syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan ALTANA dari Jerman, kami komited terhadap inovasi, kualiti, dan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami.
Sejak penubuhannya pada tahun 2012, ELANTAS Malaysia yang beroperasi di Kapar, Selangor telah memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan serantau. Kami menghasilkan pelbagai produk seperti enamel wayar, penebat elektrik, serta bahan elektronik dan kejuruteraan yang digunakan dalam motor, transformer, penjana dan komponen elektronik lain yang kritikal.
Di ELANTAS Malaysia, kami percaya bahawa kejayaan syarikat bergantung kepada kekuatan dan semangat pasukan kami. Budaya kerja kami berteraskan inovasi, integriti dan kerjasama. Kami menggalakkan idea baharu, menghargai kepelbagaian, dan menyediakan persekitaran kerja yang selamat, inklusif dan menyokong pembangunan kerjaya setiap individu.
ELANTAS Malaysia bukan sekadar tempat bekerja, malah ia adalah tempat untuk berkembang, mencipta dan memberi impak yang bermakna dalam dunia teknologi penebat elektrik. Sertailah kami dan jadilah sebahagian daripada perjalanan inovasi kami.

Insuran Perubatan
Kami mengutamakan kesihatan dan keselamatan para pekerja. Oleh itu, kami menyediakan insurans perubatan yang kukuh untuk melindungi pekerja dan keluarga mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka.

Pemeriksaan Kesihatan
Kami percaya bahawa pekerja yang sihat akan memberikan prestasi yang lebih baik. Justeru itu, kami menawarkan saringan kesihatan tahunan sebagai sebahagian daripada program kesejahteraan kami.

Kesimbangan Kerja dan Kehidupan
Kami komited untuk mempromosikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat melalui dasar yang fleksibel dan budaya sokongan yang menghargai pencapaian profesional serta kesejahteraan peribadi.